oh, aku bosan ini.
apa kau mengerti?
aku sudah tidur petang tadi, maka mataku tak mahu tidur lagi.
itulah, tidur lagi di petang hari. aku tidak mahu buat lagi, sebab tadi kepalaku pening.
mari aku kongsikan, keburukan tidur selepas asar dan subuh. aku aku selalu buat itu. alamakkkkkk
Adapun mengenai tidur selepas asar, mmg terdapat dalil mengenainya. kata ini berdasarkan hadis berikut:
“Whoever sleeps after ‘Asr and loses his mind, let him blame no one but himself.”
Hadis di atas telah dikelaskan terlalu dhaif/lemah oleh Albani, Az-Dhahabi, Ibn Jawzee dlln. Hadis ini dikeluarkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab Ad-Du'afa' Wal Majruhin,dari susur Khalid Ibn Al-Qasim dari Al-Laith Ibn Sa'ad dari Uqail dari Az-Zuhri dari urwah dari Aisyah r.a
Hadis ini juga dikeluarkan oleh Ibnul Jauzi dalam Al-Maudu'at dengan katanya :"Hadis ini tidak benar,Khalid adalah seorang pendusta,dan hadis ini sebenarnya milik Ibnu Lahi'ah maka diambil oleh Khalid dan dinisbahkan kepada Al-Laith".
Itu jugalah yang dikatakan oleh Al-hakim dan lelainnya.
untuk tidur selepas subuh pula,
"Orang yg tidur selepas Subuh, akan dipayahkan rezeki untuknya".
Ia bukan hadis tapi atsar yakni dari Ibn Abbas ra. alhafidz Ibn Qayyim menukilkan atsar ini dalam masterpiecenya Zaad alMa'ad, kitab 4/Tibb anNabawi (perubatan ala Nabi) atau maksudnya Petunjuk RasuluLlah saw dalam perubatan preventif.
Ibn Qayyim menamakan tidur selepas Subuh ini sebagai Khurq yakni tidur yg dicela dalam budaya Arab.
Ibn Qayyim sekali lagi menyebut keburukan tidur selepas subuh ini dalam kitabnya yang lain, madarij asSaalikin pada bab Mufsidat alQalb (Virus-virus hati) dan salah satu virus hati ialah banyak tidur dan tidur pada waktu yg merosakkan spt selepas subuh dan selepas Asr. WA.
sumber >>>>
http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/tidur-selepas-subuh.html
No comments:
Post a Comment